TRANSFORMASI RAMADHAN
Surah Al-Baqarah : 183, “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa”
Allah mengajukan ayat tersebut kepada orang2 yang beriman kerana apabila kita mempunyai kercayaan yang tinggi akan membawa kepada proses perubahan kepada yang lebih baik iaitu taqwa, sebaik2 bekal untuk menghadapi sebelas bulan yang berikutnya selepas Ramadhan.
HAKIKAT RAMADHAN
Sememangnya, Ramadhan bukan hanya bulan puasa. Hakikat Ramadhan adalah satu bulan tarbiyah yang Allah datangkan khas untuk umat islam belajar mengawal nafsu, melatih nafsu.
Cuba kita lihat 2 situasi. Yang pertama, orang yang tiada makan dan minum lalu dia berpuasa. Yang kedua orang yang ada makan dan minum tetapi dia memilih untuk berpuas. Yang mana satu lagi sukar yang memerlukan kekuatan rohani yang tinggi untuk mengatakan tidak. Pasti situasi kedua bukan? Kita melatih diri kita untuk mengatakan tidak pada perkara2 yang bakal mencacatkan puasa kita baik di hadapan orang atau tika bersendirian.
Kita belajar membentuk jati diri kita sebagai mukmin yang bertaqwa (menjauhi larangan Allah dan menunaikan suruhanNya) di saat tiada bisikan syaitan, semua pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup. Satu bulan yang penuh rahmat Allah dan ganjaran seribu bulan yang perlu diburu semua orang.
Teringat satu hadis nabi, " Puasa itu adalah benteng".. Justeru , jika seorang daripada kamu berpuasa janganlah ia berkata keji dan mencaci maki. Sekiranya ada yang mengajaknya berkelahi atau mencaci maki, hendaklah dikatakan kepadanya : " Saya berpuasa - saya berpuasa ".jelas bukan bermaksud umat islam umat yang lemah tetapi Nabi S.A.W ingin mengajar kita erti ‘self control’.

PERSEDIAAN SEBELUM RAMADHAN
Bulan Ramadhan adalah ‘ time to repare the roof when the sun is shining’ atau seperti Stephen R. Covey dalam bukunya ‘The Seven Habit’- Sharpen the saw. Kita ambil peluang untuk membuat perubahan dari aspek fizikal, spiritual, emosional dan ibadat. Sebagai orang yang optimis kita tetapkan angka atau nilai untuk setiap perubahan tersebut contoh berapa kilo kita nak kurangkan, berapa kali kita nak khatam Al-Quran, sehari berapa kali kita boleh marah. Sediakan bekal yang secukupnya untuk menghadapi 11 bulan yang seterusnya.
NATIJAH POST RAMADHAN
Manakala, selepas Rmadhan bagaimana kita ukur prestasi Ramadhan kita kali ini. Seorang muslim yang baik danprofesional pasti hari ini lebih baik daripada semalam. Persoalannya, bagaimana untuk kita istiqamah? 2 syarat untuk istiqamah,
1. Jangan menambah atau mengurangkan ibadah yang biasa dilakukan
2. Sentiasa menghidupkan biah solehah. Sebenarnya, natijah ini boleh kita lihat sejak dalam bulan Ramadhan lagi. Sewaktu berbuka adakah keadaan kita seperti membuka empangan air, semua kita sumbat sehingga tidak mampu untuk bangun solat Maghrib. Ketika kita ke bazar, bagaiman kita? Rambang mata? Orang tak pernah makan setahun? Juga bagaimana keadaan kita di malam raya.
Sedih mengenangkan berlalunya bulan rahmat atau gembira sakan meraikan kemenangan yang tidak pasti kita layak mendapatnya atau tidak. Kegembiraan yang layak bagi orang berpuasa “… Bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan. Kegembiraan semasa berbuka puasa, dan kegembiraan semasa bertemu Tuhannya.” Jangan sampai ibadah yang dibuat berlebih-lebihan di bulan Ramadhan tapi di luar bulan Ramadhan satu pun tiada. Seperti membelanja anak2 yatim di bulan Ramadhan tapi di bulan bukan Ramdhan tiada siapa yang mempedulikan mereka.
Jadi Ramadhan kali ini anda berjaya atau tidak jadi hamba Allah, atau jadi hamba Ramadhan dan hamba raya je?? Tepuk dada, cari jawapan..

GOODLUCK UNTUK RAMADHAN KALI NI!!
No comments:
Post a Comment