Wednesday, July 24, 2013

Aku pakar OnG...Aku ingin membela nasib muslimat!!

BismillahirRahmaniRahim...

Selawat dan salam buat junjungan nabi muhammad ,kekasih Allah..



Alhmdulillah... for this hour, this minute and this second we still feel the beauty of Islam..Nikmat of Islam.. Subhanallah hil 'azimi ,subhanallah bihamdi.. Thank You Allah!

pejam celik pejam celik.. diriku   telah menuntut ilmu perubatan dan ilmu agama di bumi anbiya' for almost 1 year! subhanallah.. unbelievable! Ak sering kali down..seringkali terfikir,...inikah jalan utkku?? knapa medic??? wlupun dah hampir setahun ak blajar medic.. tp still,,, ak rasa nak mngundur... ak lebih sukakan subjek fizik , chemistry n addmath... bila masuk medic..everything need to memorize!! arghhhhhh .. stressed!

keputusan midyear ak pun x sehebat kawan2 yg len... sedih.. mereka hebat... Ya Allah..betulkah ini jalan utkku..???



ok ..inilah perasaan yg ak seringkali rasa... tp..dengan izin Allah segala2nya berubah,...
banyak ayat2 al-quran yg memujuk hatiku....


ak pernah terbaca sepucuk surat oleh wanita syria oleh sebuah page dakwah... yg berbunyii..

Surat ini telah berjaya dibawa seludup keluar dari Baad Assad Syria. Ia menceritakan tentang rintihan wanita Islam yang dikurung di dalam penjara Syria.


Dengan nama Allah yang pengasih lagi penyayang. Kami telah menulis berpucuk-pucuk surat dengan air mata dan rintihan hati tetapi malangnya tidak satu pun sampai kepada umat Islam di luar pintu besi ini. Kami tidak dibenarkan menulis atau membaca. Kertas dan pen diharamkan. Penderitaan kami tidak dapat menembusi dinding-dinding hitam yang mengurung kami. Tetapi kami yakin bahawa Insya Allah surat ini akan sampai kepada umat Islam seluruh dunia.

Dalam surat ini kami menceritakan tentang penderitaan dan kezaliman yang dikenakan oleh binatang-binatang pemabuk yang digunakan oleh kerajaan Syria ke atas kami dalam penjara jahannam ini. Kalaulah setakat pukulan dan kejutan elektrik kami dapat bersabar menahannya, tetapi penderitaan kami di sini lebih daripada itu.

Dapatkah kami terus bersabar menahan hati apabila terdapat antara kami dirogol tanpa belas kasihan sehingga menghembuskan nafas terakhir. Kami berharap kami tidak diperanakkan di bumi ini. Dari hati kami yang terseksa kami memohon agar semua umat Islam berusaha untuk menyelamatkan nyawa dan maruah kami. Kalau dahulu, apabila seorang Muslimat meminta pertolongan daripada khalifah al-Mu'tasim kerana dizalimi, seluruh bala tentera Islam dikerahkan untuk menyelamatkan tetapi di dalam penjara ini, beribu-ribu Muslimat diseksa, dibunuh dan dibunuh oleh binatang yang tidak berperikemanusiaan.

Ramai antara kami yang mengandung akibat perbuatan mereka. Kami tidak meminta kami tidak dibebaskan. Kami hanya berharap agar penjara ini diletupkan dengan kami sekali di dalamnya.
Wahai umat Islam seluruh dunia, cukuplah tidurmu, takutlah di waktu kamu semua akan disoal di hadapan Allah di akhirat nanti tentang apakah yang kamu lakukan apabila mengetahui kezaliman dan jenayah yang dilakukan atas kami. Apakah-apakah kesalahan Muslimat ini sehingga mereka dirogol dengan ganas dan ditelanjangi. Mereka dipukul dan dikenakan kejutan elektrik.

Apakah-apakah kesalahan Muslimat ini sehingga terdapat Muslimat muda yang terpaksa dihantar ke hospital dalam separuh mati akibat dirogol tanpa belas kasihan oleh 26 orang tukang seksa? Apakah kesalahan mereka? Suami mereka dibunuh di hadapan mata mereka sendiri.

Wahai umat Islam seluruh dunia, sebenarnya kamu nyenyak tidur. Apakah jawapan kamu semua wahai umat Islam seluruh dunia? Apakah kami akan terus berharap supaya kamu akan dapat menyelamatkan kami dari neraka yang tidak bersempadan ini? Apakah cahaya murni akan menyinari kami untuk menerangi hati kami yang terseksa ini.

BANGUNLAH WAHAI UMAT ISLAM SELURUH DUNIA !!

daripada,
Muslimat yang menjadi mangsa thogut nasionalis Syria. 



Ya Allah..batinku menjerittt..kerana ak wanita sama mcm mereka... tp aku x mampu nak berbuat apa..ak hanya mmpu berdoa... ak gagahkan juga diri ini membaca surat ini... sekiranya benar surat ini adalah dr mereka..wanita syria.. ak sgt sediih..sediihh..


aku sering terfikir... aku ingin menjadi hawariyyun,, ak ingin membela nasib wanita..tp bgaimana??
mcmana ak nak pi berjihad ni? mcmana ak nak slmatkan maruah mereka?? sungguh aku x mampu...tp hnya yg aku mampu ialah BERDOA utk mereka.. aku akan berusaha menyelamatkan maruah wanita..
...................................................................................................


dan! surat ni lah yg mnaikkn smgt ak utk terus terusan berjuang dlm ilmu medic.. ya!!! ak kna tetapkan langkah ku dlm bidang ini biarpun beribu halangan... Ak tekad ingin jd PAKAR OBSTETRIC n GYNECOLOGY.. ap bnda ni?? haaa.. dalam bahasa melayunya ialah.. PAKAR BIDAN WANITA!
seringkali aku mendengar keluhan para muslimat yg melahirkan anak dgn di bantu oleh doktor lelaki...
sungguh!! mereka sgt tidak ingin dibidankan oleh doktor lelaki.. Mereka sgt malu..perhiasan mereka hnya utk suami shja...

Aku berdoa..Semoga akulah yg akan melindungi maruah muslimat..aku sendiri,tidak ingin di bidankan oleh lelaki yg asing bgku..bukan mahramku... kita bukanlah pemula ,bukan juga penghujung ..tetapi kita penyambung perjuangan Rasulullah memartabatkan dan meninggikan darjat wanita,,.klu bukan kita ,,siapa lgi??  TERUSLAH BERJALAN TANPA HENTI ! Nahnu hawariyyun!




No comments:

Post a Comment