BismillahirRahmaniRahim...
Selawat dan salam buat junjungan nabi muhammad ,kekasih Allah..
Alhmdulillah... for this hour, this minute and this second we still feel the beauty of Islam..Nikmat of Islam.. Subhanallah hil 'azimi ,subhanallah bihamdi.. Thank You Allah!
pejam celik pejam celik.. diriku telah menuntut ilmu perubatan dan ilmu agama di bumi anbiya' for almost 1 year! subhanallah.. unbelievable! Ak sering kali down..seringkali terfikir,...inikah jalan utkku?? knapa medic??? wlupun dah hampir setahun ak blajar medic.. tp still,,, ak rasa nak mngundur... ak lebih sukakan subjek fizik , chemistry n addmath... bila masuk medic..everything need to memorize!! arghhhhhh .. stressed!
keputusan midyear ak pun x sehebat kawan2 yg len... sedih.. mereka hebat... Ya Allah..betulkah ini jalan utkku..???
ok ..inilah perasaan yg ak seringkali rasa... tp..dengan izin Allah segala2nya berubah,...
banyak ayat2 al-quran yg memujuk hatiku....
ak pernah terbaca sepucuk surat oleh wanita syria oleh sebuah page dakwah... yg berbunyii..
Surat ini telah berjaya dibawa seludup keluar dari Baad Assad Syria. Ia menceritakan tentang rintihan wanita Islam yang dikurung di dalam penjara Syria.
Dengan nama Allah yang pengasih lagi penyayang. Kami telah menulis berpucuk-pucuk surat dengan air mata dan rintihan hati tetapi malangnya tidak satu pun sampai kepada umat Islam di luar pintu besi ini. Kami tidak dibenarkan menulis atau membaca. Kertas dan pen diharamkan. Penderitaan kami tidak dapat menembusi dinding-dinding hitam yang mengurung kami. Tetapi kami yakin bahawa Insya Allah surat ini akan sampai kepada umat Islam seluruh dunia.
Dalam surat ini kami menceritakan tentang penderitaan dan kezaliman yang dikenakan oleh binatang-binatang pemabuk yang digunakan oleh kerajaan Syria ke atas kami dalam penjara jahannam ini. Kalaulah setakat pukulan dan kejutan elektrik kami dapat bersabar menahannya, tetapi penderitaan kami di sini lebih daripada itu.
Dapatkah kami terus bersabar menahan hati apabila terdapat antara kami dirogol tanpa belas kasihan sehingga menghembuskan nafas terakhir. Kami berharap kami tidak diperanakkan di bumi ini. Dari hati kami yang terseksa kami memohon agar semua umat Islam berusaha untuk menyelamatkan nyawa dan maruah kami. Kalau dahulu, apabila seorang Muslimat meminta pertolongan daripada khalifah al-Mu'tasim kerana dizalimi, seluruh bala tentera Islam dikerahkan untuk menyelamatkan tetapi di dalam penjara ini, beribu-ribu Muslimat diseksa, dibunuh dan dibunuh oleh binatang yang tidak berperikemanusiaan.
Ramai antara kami yang mengandung akibat perbuatan mereka. Kami tidak meminta kami tidak dibebaskan. Kami hanya berharap agar penjara ini diletupkan dengan kami sekali di dalamnya.
Wahai umat Islam seluruh dunia, cukuplah tidurmu, takutlah di waktu kamu semua akan disoal di hadapan Allah di akhirat nanti tentang apakah yang kamu lakukan apabila mengetahui kezaliman dan jenayah yang dilakukan atas kami. Apakah-apakah kesalahan Muslimat ini sehingga mereka dirogol dengan ganas dan ditelanjangi. Mereka dipukul dan dikenakan kejutan elektrik.
Apakah-apakah kesalahan Muslimat ini sehingga terdapat Muslimat muda yang terpaksa dihantar ke hospital dalam separuh mati akibat dirogol tanpa belas kasihan oleh 26 orang tukang seksa? Apakah kesalahan mereka? Suami mereka dibunuh di hadapan mata mereka sendiri.
Wahai umat Islam seluruh dunia, sebenarnya kamu nyenyak tidur. Apakah jawapan kamu semua wahai umat Islam seluruh dunia? Apakah kami akan terus berharap supaya kamu akan dapat menyelamatkan kami dari neraka yang tidak bersempadan ini? Apakah cahaya murni akan menyinari kami untuk menerangi hati kami yang terseksa ini.
BANGUNLAH WAHAI UMAT ISLAM SELURUH DUNIA !!
daripada,
Muslimat yang menjadi mangsa thogut nasionalis Syria.
Ya Allah..batinku menjerittt..kerana ak wanita sama mcm mereka... tp aku x mampu nak berbuat apa..ak hanya mmpu berdoa... ak gagahkan juga diri ini membaca surat ini... sekiranya benar surat ini adalah dr mereka..wanita syria.. ak sgt sediih..sediihh..
aku sering terfikir... aku ingin menjadi hawariyyun,, ak ingin membela nasib wanita..tp bgaimana??
mcmana ak nak pi berjihad ni? mcmana ak nak slmatkan maruah mereka?? sungguh aku x mampu...tp hnya yg aku mampu ialah BERDOA utk mereka.. aku akan berusaha menyelamatkan maruah wanita..
...................................................................................................
dan! surat ni lah yg mnaikkn smgt ak utk terus terusan berjuang dlm ilmu medic.. ya!!! ak kna tetapkan langkah ku dlm bidang ini biarpun beribu halangan... Ak tekad ingin jd PAKAR OBSTETRIC n GYNECOLOGY.. ap bnda ni?? haaa.. dalam bahasa melayunya ialah.. PAKAR BIDAN WANITA!
seringkali aku mendengar keluhan para muslimat yg melahirkan anak dgn di bantu oleh doktor lelaki...
sungguh!! mereka sgt tidak ingin dibidankan oleh doktor lelaki.. Mereka sgt malu..perhiasan mereka hnya utk suami shja...
Aku berdoa..Semoga akulah yg akan melindungi maruah muslimat..aku sendiri,tidak ingin di bidankan oleh lelaki yg asing bgku..bukan mahramku... kita bukanlah pemula ,bukan juga penghujung ..tetapi kita penyambung perjuangan Rasulullah memartabatkan dan meninggikan darjat wanita,,.klu bukan kita ,,siapa lgi?? TERUSLAH BERJALAN TANPA HENTI ! Nahnu hawariyyun!
Wednesday, July 24, 2013
AMANAH dan JUJUR nya SEORANG 'AMMU.....
Selawat dan salam buat junjugan nabi muhammad s.a.w kerana..pada hari ini,..saat ini..kita masih merasa nikmat Islam..masih berkesempatan utk merasai nikmat berpuasa di bulan Ramadhan.. ALHAMDULILLAH! sgguh ak rindu pada kekasih Allah,,
Bismillahir-Rahmanir-Rahim ..."Sabda Rasulullah SAW: "Tidak sempurna agama seseorang, kalau dia tidak bisa menjaga dan memelihara "amanah".
ni kisah yg sy hadapi semalam... KISAH nya bermulaa,,,
" adik ni atikah bnti nazmi ke??''' seorg akk manis bertnya kpdku... setelah tamatnya kelas tafaqquh ttg ayatul ahkam yg d kongsikan oleh ustaz dari universiti azhar pg smlm.,
"ma'alish kak,..sy bukan atikah nazmi,.tp atikah rafi..akk silap org kot.."
"ouh yeke dik..hmm tp atikah tu skola SBPI Gombak"
"eh, sy skola tu kak..,rasanya sy seorg je.. knp kak? ada ape2 ke??'' heart rate ,cardiac output n blood pressure semua increase.. sympathetic la plakk..
"erm erm,..awak ada hilang beg duit x????''
"eh,,jap..td sy ada perasan jugak beg duit xda..ingatkan ttinggal kat umah td.., "
"Akk bukannya ap..smlm akk lalu dpan masjid sayyeda..tiba2 ada 'Ammu (pak cik) tgur akk..dia tnjuk kad pelajar sbpigombak..dia kata ada bdak malizi hilang purse..n dia kelam kabut suruh akk cari atikah,.. akk boleh je nak passkan purse tu kat awk..tp 'ammu tu berkeras xnak bg..dia nak bg dkat tgn awk jugak.. no 'ammu tu akk x smpat save..sbb kelam kabut nak cari awk..tp yg pasti nama dia sa'id.. dia ada kdai makan kat lorong sblah balai polis..akk cm muka dia"
masya-Allah..tetiba adrenaline mngalir dgn lajunya.. baru ku teringat ..kelmarin ,slpas habisnya program shnatah ramadhan,.ak dan raihan menaiki teksi dan berhenti di hdpn masjid sayyedda zaenab,..mungkin purse ak terjatuh kat situ,,,
"Akk jom!!..kita rasa tu mmg purse sy,,"
"jom jom''
kami berdua termasuk raihan mencari la kedai yg ada 'ammu sa'id.. hampir sejam jugak kami mencari..tp x jumpa..tnya semua org..tp xda sape tahu... Allah..sgguh ini ujian utk ak saat ini.. sinar matahari bumi mesir memancar teriknya... baju ku rasanya boleh diperah... kepala pun pening2 lalat... Allah.. ujian sgguh...
" eh tikah!! akk da terjumpa no 'ammu sa'id tu....ada kat list atas rupanya..pnat akk cari.."
"Allhamdulillah!!!!''
kami bergegas jumpa 'ammu tu dgn direction yg dia bgthu...
sampai shaja kat situ..
'ammu trus tnya.. " who's atikah??"
ak mnjwb dgn excitednya wlupun pnat..." ANA!!"
"can u spell ur name?"
''yes.. N.U.R.U.L A.T.I.K.A.H"
"correct!! ok this is yours,,pliz check ur money,,," 'ammu tu speaking....
ak faham dia sedang cuba utk berusaha mencari pemilik yg sbenar,..dia takut tersilap bg beg duit tu kpd yg bukan tuannya,,krn dlm tu mmg sgt bnyk duit,,
"Alhmdulillah, syukran ya 'ammu!!" duit yg ada dlm tu semuanya ada,. duit dalam purse tu semuanya duit amanah dr org..alhmdulillah Allah peliharanya,,.
"afwan ya binti... ramadhan kareem'"
"Allahu Akram, ma'assalamah,,"
sgguh ku terharu , takjub,..di tengah2 ramainya org ..muncul seorg 'ammu yg sgt amanah..
semuanya drMu ya Allah...
Ak percaya..skiranya kita mnjaga amanah dgn baik..Allah akan mndtgkan seseorg yg amanah pada kita...subhanallah!!!!
Maka seorang sahabat yang sejati akan menjaga sahabatnya selagi ada upaya dan diperlakukan sebaiknya demi persahabatan atas dasar ketakwaan kepada Allah s.w.t. Oleh yang demikian, jika sekiranya kita sudah atau tertinggal amanah yang diberikan, maka perbanyakkanlah beristighfar serta jangan lupa untuk menjadi sahabat yang sentiasa memperingatkan orang lain tentang amanah mereka. Jom, kita TUNE diri kita.
lantas,ku teringat terjemahan ayat dalam ma'thurat harian...
"Ya Allah..apa saja nikmat yang kami dapat pd petang ini dar mana- mana makhluk- Mu ..maka sebenarnya dari Engkau jua. Tidak ada sekutu bg Mu..Puji dan syukur kami kpdMu"
semuanya datang dr Allah...
Dan Allah membantu seorang hamba selagi mana hamba itu membantu saudaranya.” (Riwayat Muslim).
sSalam Ramadahan Kareem dr bumi mesir!!! -khaulah al azwar
Location:
Cairo, Cairo Governorate, Egypt
Thursday, July 11, 2013
RAMADHAN DATANG LAGI
TRANSFORMASI RAMADHAN
Surah Al-Baqarah : 183, “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa”
Allah mengajukan ayat tersebut kepada orang2 yang beriman kerana apabila kita mempunyai kercayaan yang tinggi akan membawa kepada proses perubahan kepada yang lebih baik iaitu taqwa, sebaik2 bekal untuk menghadapi sebelas bulan yang berikutnya selepas Ramadhan.
HAKIKAT RAMADHAN
Sememangnya, Ramadhan bukan hanya bulan puasa. Hakikat Ramadhan adalah satu bulan tarbiyah yang Allah datangkan khas untuk umat islam belajar mengawal nafsu, melatih nafsu.
Cuba kita lihat 2 situasi. Yang pertama, orang yang tiada makan dan minum lalu dia berpuasa. Yang kedua orang yang ada makan dan minum tetapi dia memilih untuk berpuas. Yang mana satu lagi sukar yang memerlukan kekuatan rohani yang tinggi untuk mengatakan tidak. Pasti situasi kedua bukan? Kita melatih diri kita untuk mengatakan tidak pada perkara2 yang bakal mencacatkan puasa kita baik di hadapan orang atau tika bersendirian.
Kita belajar membentuk jati diri kita sebagai mukmin yang bertaqwa (menjauhi larangan Allah dan menunaikan suruhanNya) di saat tiada bisikan syaitan, semua pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup. Satu bulan yang penuh rahmat Allah dan ganjaran seribu bulan yang perlu diburu semua orang.
Teringat satu hadis nabi, " Puasa itu adalah benteng".. Justeru , jika seorang daripada kamu berpuasa janganlah ia berkata keji dan mencaci maki. Sekiranya ada yang mengajaknya berkelahi atau mencaci maki, hendaklah dikatakan kepadanya : " Saya berpuasa - saya berpuasa ".jelas bukan bermaksud umat islam umat yang lemah tetapi Nabi S.A.W ingin mengajar kita erti ‘self control’.
Cuba kita lihat 2 situasi. Yang pertama, orang yang tiada makan dan minum lalu dia berpuasa. Yang kedua orang yang ada makan dan minum tetapi dia memilih untuk berpuas. Yang mana satu lagi sukar yang memerlukan kekuatan rohani yang tinggi untuk mengatakan tidak. Pasti situasi kedua bukan? Kita melatih diri kita untuk mengatakan tidak pada perkara2 yang bakal mencacatkan puasa kita baik di hadapan orang atau tika bersendirian.
Kita belajar membentuk jati diri kita sebagai mukmin yang bertaqwa (menjauhi larangan Allah dan menunaikan suruhanNya) di saat tiada bisikan syaitan, semua pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup. Satu bulan yang penuh rahmat Allah dan ganjaran seribu bulan yang perlu diburu semua orang.
Teringat satu hadis nabi, " Puasa itu adalah benteng".. Justeru , jika seorang daripada kamu berpuasa janganlah ia berkata keji dan mencaci maki. Sekiranya ada yang mengajaknya berkelahi atau mencaci maki, hendaklah dikatakan kepadanya : " Saya berpuasa - saya berpuasa ".jelas bukan bermaksud umat islam umat yang lemah tetapi Nabi S.A.W ingin mengajar kita erti ‘self control’.
PERSEDIAAN SEBELUM RAMADHAN
Bulan Ramadhan adalah ‘ time to repare the roof when the sun is shining’ atau seperti Stephen R. Covey dalam bukunya ‘The Seven Habit’- Sharpen the saw. Kita ambil peluang untuk membuat perubahan dari aspek fizikal, spiritual, emosional dan ibadat. Sebagai orang yang optimis kita tetapkan angka atau nilai untuk setiap perubahan tersebut contoh berapa kilo kita nak kurangkan, berapa kali kita nak khatam Al-Quran, sehari berapa kali kita boleh marah. Sediakan bekal yang secukupnya untuk menghadapi 11 bulan yang seterusnya.
NATIJAH POST RAMADHAN
Manakala, selepas Rmadhan bagaimana kita ukur prestasi Ramadhan kita kali ini. Seorang muslim yang baik danprofesional pasti hari ini lebih baik daripada semalam. Persoalannya, bagaimana untuk kita istiqamah? 2 syarat untuk istiqamah,
1. Jangan menambah atau mengurangkan ibadah yang biasa dilakukan
2. Sentiasa menghidupkan biah solehah. Sebenarnya, natijah ini boleh kita lihat sejak dalam bulan Ramadhan lagi. Sewaktu berbuka adakah keadaan kita seperti membuka empangan air, semua kita sumbat sehingga tidak mampu untuk bangun solat Maghrib. Ketika kita ke bazar, bagaiman kita? Rambang mata? Orang tak pernah makan setahun? Juga bagaimana keadaan kita di malam raya.
Sedih mengenangkan berlalunya bulan rahmat atau gembira sakan meraikan kemenangan yang tidak pasti kita layak mendapatnya atau tidak. Kegembiraan yang layak bagi orang berpuasa “… Bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan. Kegembiraan semasa berbuka puasa, dan kegembiraan semasa bertemu Tuhannya.” Jangan sampai ibadah yang dibuat berlebih-lebihan di bulan Ramadhan tapi di luar bulan Ramadhan satu pun tiada. Seperti membelanja anak2 yatim di bulan Ramadhan tapi di bulan bukan Ramdhan tiada siapa yang mempedulikan mereka.
Jadi Ramadhan kali ini anda berjaya atau tidak jadi hamba Allah, atau jadi hamba Ramadhan dan hamba raya je?? Tepuk dada, cari jawapan..
1. Jangan menambah atau mengurangkan ibadah yang biasa dilakukan
2. Sentiasa menghidupkan biah solehah. Sebenarnya, natijah ini boleh kita lihat sejak dalam bulan Ramadhan lagi. Sewaktu berbuka adakah keadaan kita seperti membuka empangan air, semua kita sumbat sehingga tidak mampu untuk bangun solat Maghrib. Ketika kita ke bazar, bagaiman kita? Rambang mata? Orang tak pernah makan setahun? Juga bagaimana keadaan kita di malam raya.
Sedih mengenangkan berlalunya bulan rahmat atau gembira sakan meraikan kemenangan yang tidak pasti kita layak mendapatnya atau tidak. Kegembiraan yang layak bagi orang berpuasa “… Bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan. Kegembiraan semasa berbuka puasa, dan kegembiraan semasa bertemu Tuhannya.” Jangan sampai ibadah yang dibuat berlebih-lebihan di bulan Ramadhan tapi di luar bulan Ramadhan satu pun tiada. Seperti membelanja anak2 yatim di bulan Ramadhan tapi di bulan bukan Ramdhan tiada siapa yang mempedulikan mereka.
Jadi Ramadhan kali ini anda berjaya atau tidak jadi hamba Allah, atau jadi hamba Ramadhan dan hamba raya je?? Tepuk dada, cari jawapan..
GOODLUCK UNTUK RAMADHAN KALI NI!!
Subscribe to:
Posts (Atom)