Thursday, December 19, 2013

Layakkah aku dicintai Rasulullah??

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers^^ ...(macam laa reader nye ramai sangat) hehe^^

tadi terjumpa satu video ni kat youtube...rasanya ramai yang dah tengok..tapi biar laa...nak share jugak...tak kire... video yang dimaksudkan adalah HALAQAH-SENTUHAN KALBU RASULULLAH .. nanti cari tau kepada sape yang tak tengok lagi..



Dalam sebuah riwayat hadith dikisahkan.

Ketika itu baginda Rasulullah SAW tengah duduk berkumpul bersama sahabat-sahabatnya. Di situ ada saidina Ali, Uthman, Abu Bakar, Umar dan lainnya. Lalu kemudian baginda bertanya, 

"Wahai sahabatku, tahukah kalian siapa hamba Allah yang mulia di sisi Allah?"

Para sahabat terdiam. Lalu ada seorang sahabat berkata, 

"Para malaikat, Rasulullah, merekalah yang mulia." 

Rasulullah menjawab,

"Ya, para malaikat itu mulia, mereka dekat dengan Allah dan mereka sentiasa bertasbih dan beribadah kepada Allah, tentulah merekalah mulia tapi bukan itu yang aku maksudkan." 

Lalu para sahabat kembali terdiam, tiba-tiba seorang sahabat kembali berkata,

"Ya Rasulullah, tentu para nabi, merekalah yang mulia itu." 

Nabi Muhammad tersenyum. Baginda berkata, 

"Ya, para nabi itu mulia, mereka adalah utusan Allah di muka bumi, bagaimana mungkin mereka tidak mulia, mereka mulia. Tapi ada lagi yang lain."

Para sahabat terdiam, tertanya siapalah lagi mereka itu. Lalu salah seorang sahabat berkata,

"Apakah kami sahabatmu, ya Rasulullah? Apakah kami yang mulia itu?"

Bayangkan, Baginda memandang wajah mereka semua satu persatu, Baginda tersenyum melihat para sahabat. Baginda berkata,

"Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, kalian membantu perjuanganku, mana mungkin kalian tidak mulia, Tentulah kalian mulia, tetapi ada yang lain yang mulia." 

Para sahabat terdiam kesemuanya, mereka tidak mampu berkata apa-apa lagi. 

Lalu bayangkan. Tiba-tiba, baginda Nabi Muhammad menundukkan wajahnya. Bayangkan tiba-tiba baginda menangis di hadapan sahabat-sahabat. Para sahabat tertanya,

"Mengapa engkau menangis ya Rasulullah?"

Lalu bayangkan, Rasulullah mengangkat wajahnya, terlihat bagaimana air mata berlinang membasahi pipi dan janggutnya. Lalu baginda berkata, 

"Wahai sahabatku, tahukah kalian siapa yang mulia itu. Mereka adalah manusia-manusia. Mereka akan lahir jauh setelah wafatku nanti. Mereka begitu mencintai Allah, dan tahukah kalian, mereka tak pernah memandangku. Mereka tidak pernah melihat wajahku. Mereka hidup tidak dekat dengan aku seperti kalian. Tapi mereka begitu rindu kepadaku. Dan saksikanlah wahai sahabatku semuanya, aku pun rindu kepada kepada mereka, mereka yang mulia itu, merekalah itulah UMATKU."

Bayangkan saat itu Nabi Muhammad menitiskan air matanya, semua sahabat menangis. 

***
Cuba tanyakan pada diri kita kembali, 

"Siapa yang dirindukan Nabi Muhammad, siapa yang didoakan nabi Muhammad setiap waktu. Demi Allah, cuba tanya pada diri kita masing-masing."

Tanyalah jauh ke dalam lubuk hati kita, 

"Sudahkah aku mencintai Nabi Muhammad?"
pesanan: cakap pakai mulut memang senang... macam mane dengan buktinye??hehe...tepuk dada tanya iman..

ofkos antara buktinye, kita amalkan sunnah baginda


kesimpulannya, SMILE IS SEDEKAH! 
--macam tak kene je-- heeee

Wednesday, July 24, 2013

Aku pakar OnG...Aku ingin membela nasib muslimat!!

BismillahirRahmaniRahim...

Selawat dan salam buat junjungan nabi muhammad ,kekasih Allah..



Alhmdulillah... for this hour, this minute and this second we still feel the beauty of Islam..Nikmat of Islam.. Subhanallah hil 'azimi ,subhanallah bihamdi.. Thank You Allah!

pejam celik pejam celik.. diriku   telah menuntut ilmu perubatan dan ilmu agama di bumi anbiya' for almost 1 year! subhanallah.. unbelievable! Ak sering kali down..seringkali terfikir,...inikah jalan utkku?? knapa medic??? wlupun dah hampir setahun ak blajar medic.. tp still,,, ak rasa nak mngundur... ak lebih sukakan subjek fizik , chemistry n addmath... bila masuk medic..everything need to memorize!! arghhhhhh .. stressed!

keputusan midyear ak pun x sehebat kawan2 yg len... sedih.. mereka hebat... Ya Allah..betulkah ini jalan utkku..???



ok ..inilah perasaan yg ak seringkali rasa... tp..dengan izin Allah segala2nya berubah,...
banyak ayat2 al-quran yg memujuk hatiku....


ak pernah terbaca sepucuk surat oleh wanita syria oleh sebuah page dakwah... yg berbunyii..

Surat ini telah berjaya dibawa seludup keluar dari Baad Assad Syria. Ia menceritakan tentang rintihan wanita Islam yang dikurung di dalam penjara Syria.


Dengan nama Allah yang pengasih lagi penyayang. Kami telah menulis berpucuk-pucuk surat dengan air mata dan rintihan hati tetapi malangnya tidak satu pun sampai kepada umat Islam di luar pintu besi ini. Kami tidak dibenarkan menulis atau membaca. Kertas dan pen diharamkan. Penderitaan kami tidak dapat menembusi dinding-dinding hitam yang mengurung kami. Tetapi kami yakin bahawa Insya Allah surat ini akan sampai kepada umat Islam seluruh dunia.

Dalam surat ini kami menceritakan tentang penderitaan dan kezaliman yang dikenakan oleh binatang-binatang pemabuk yang digunakan oleh kerajaan Syria ke atas kami dalam penjara jahannam ini. Kalaulah setakat pukulan dan kejutan elektrik kami dapat bersabar menahannya, tetapi penderitaan kami di sini lebih daripada itu.

Dapatkah kami terus bersabar menahan hati apabila terdapat antara kami dirogol tanpa belas kasihan sehingga menghembuskan nafas terakhir. Kami berharap kami tidak diperanakkan di bumi ini. Dari hati kami yang terseksa kami memohon agar semua umat Islam berusaha untuk menyelamatkan nyawa dan maruah kami. Kalau dahulu, apabila seorang Muslimat meminta pertolongan daripada khalifah al-Mu'tasim kerana dizalimi, seluruh bala tentera Islam dikerahkan untuk menyelamatkan tetapi di dalam penjara ini, beribu-ribu Muslimat diseksa, dibunuh dan dibunuh oleh binatang yang tidak berperikemanusiaan.

Ramai antara kami yang mengandung akibat perbuatan mereka. Kami tidak meminta kami tidak dibebaskan. Kami hanya berharap agar penjara ini diletupkan dengan kami sekali di dalamnya.
Wahai umat Islam seluruh dunia, cukuplah tidurmu, takutlah di waktu kamu semua akan disoal di hadapan Allah di akhirat nanti tentang apakah yang kamu lakukan apabila mengetahui kezaliman dan jenayah yang dilakukan atas kami. Apakah-apakah kesalahan Muslimat ini sehingga mereka dirogol dengan ganas dan ditelanjangi. Mereka dipukul dan dikenakan kejutan elektrik.

Apakah-apakah kesalahan Muslimat ini sehingga terdapat Muslimat muda yang terpaksa dihantar ke hospital dalam separuh mati akibat dirogol tanpa belas kasihan oleh 26 orang tukang seksa? Apakah kesalahan mereka? Suami mereka dibunuh di hadapan mata mereka sendiri.

Wahai umat Islam seluruh dunia, sebenarnya kamu nyenyak tidur. Apakah jawapan kamu semua wahai umat Islam seluruh dunia? Apakah kami akan terus berharap supaya kamu akan dapat menyelamatkan kami dari neraka yang tidak bersempadan ini? Apakah cahaya murni akan menyinari kami untuk menerangi hati kami yang terseksa ini.

BANGUNLAH WAHAI UMAT ISLAM SELURUH DUNIA !!

daripada,
Muslimat yang menjadi mangsa thogut nasionalis Syria. 



Ya Allah..batinku menjerittt..kerana ak wanita sama mcm mereka... tp aku x mampu nak berbuat apa..ak hanya mmpu berdoa... ak gagahkan juga diri ini membaca surat ini... sekiranya benar surat ini adalah dr mereka..wanita syria.. ak sgt sediih..sediihh..


aku sering terfikir... aku ingin menjadi hawariyyun,, ak ingin membela nasib wanita..tp bgaimana??
mcmana ak nak pi berjihad ni? mcmana ak nak slmatkan maruah mereka?? sungguh aku x mampu...tp hnya yg aku mampu ialah BERDOA utk mereka.. aku akan berusaha menyelamatkan maruah wanita..
...................................................................................................


dan! surat ni lah yg mnaikkn smgt ak utk terus terusan berjuang dlm ilmu medic.. ya!!! ak kna tetapkan langkah ku dlm bidang ini biarpun beribu halangan... Ak tekad ingin jd PAKAR OBSTETRIC n GYNECOLOGY.. ap bnda ni?? haaa.. dalam bahasa melayunya ialah.. PAKAR BIDAN WANITA!
seringkali aku mendengar keluhan para muslimat yg melahirkan anak dgn di bantu oleh doktor lelaki...
sungguh!! mereka sgt tidak ingin dibidankan oleh doktor lelaki.. Mereka sgt malu..perhiasan mereka hnya utk suami shja...

Aku berdoa..Semoga akulah yg akan melindungi maruah muslimat..aku sendiri,tidak ingin di bidankan oleh lelaki yg asing bgku..bukan mahramku... kita bukanlah pemula ,bukan juga penghujung ..tetapi kita penyambung perjuangan Rasulullah memartabatkan dan meninggikan darjat wanita,,.klu bukan kita ,,siapa lgi??  TERUSLAH BERJALAN TANPA HENTI ! Nahnu hawariyyun!




AMANAH dan JUJUR nya SEORANG 'AMMU.....

Selawat dan salam buat junjugan nabi muhammad s.a.w kerana..pada hari ini,..saat ini..kita masih merasa nikmat Islam..masih berkesempatan utk merasai nikmat berpuasa di bulan Ramadhan.. ALHAMDULILLAH! sgguh ak rindu pada kekasih Allah,,

Bismillahir-Rahmanir-Rahim ..."Sabda Rasulullah SAW: "Tidak sempurna agama seseorang, kalau dia tidak bisa menjaga dan memelihara "amanah".

ni kisah yg sy hadapi semalam... KISAH nya bermulaa,,,
" adik ni atikah bnti nazmi ke??''' seorg akk manis bertnya kpdku... setelah tamatnya kelas tafaqquh ttg ayatul ahkam yg d kongsikan oleh ustaz dari universiti azhar pg smlm.,

"ma'alish kak,..sy bukan atikah nazmi,.tp atikah rafi..akk silap org kot.." 


"ouh yeke dik..hmm tp atikah tu skola SBPI Gombak"

"eh, sy skola tu kak..,rasanya sy seorg je.. knp kak? ada ape2 ke??'' heart rate ,cardiac output n blood pressure semua increase.. sympathetic la plakk..


"erm erm,..awak ada hilang beg duit x????''

"eh,,jap..td sy ada perasan jugak beg duit xda..ingatkan ttinggal kat umah td.., "

"Akk bukannya ap..smlm akk lalu dpan masjid sayyeda..tiba2 ada 'Ammu (pak cik) tgur akk..dia tnjuk kad pelajar sbpigombak..dia kata ada bdak malizi hilang purse..n dia kelam kabut suruh akk cari atikah,.. akk boleh je nak passkan purse tu kat awk..tp 'ammu tu berkeras xnak bg..dia nak bg dkat tgn awk jugak.. no 'ammu tu akk x smpat save..sbb kelam kabut nak cari awk..tp yg pasti nama dia sa'id.. dia ada kdai makan kat lorong sblah balai polis..akk cm muka dia"

masya-Allah..tetiba adrenaline mngalir dgn lajunya.. baru ku teringat ..kelmarin ,slpas habisnya program shnatah ramadhan,.ak dan raihan menaiki teksi dan berhenti di hdpn masjid sayyedda zaenab,..mungkin purse ak terjatuh kat situ,,,



"Akk jom!!..kita rasa tu mmg purse sy,,"

"jom jom''

kami berdua termasuk raihan mencari la kedai yg ada 'ammu sa'id.. hampir sejam jugak kami mencari..tp x jumpa..tnya semua org..tp xda sape tahu... Allah..sgguh ini ujian utk ak saat ini.. sinar matahari bumi mesir memancar teriknya... baju ku rasanya boleh diperah... kepala pun pening2 lalat... Allah.. ujian sgguh...

" eh tikah!! akk da terjumpa no 'ammu sa'id tu....ada kat list atas rupanya..pnat akk cari.."

"Allhamdulillah!!!!''

kami bergegas jumpa 'ammu tu dgn direction yg dia bgthu...

sampai shaja kat situ.. 

'ammu trus tnya.. " who's atikah??"

ak mnjwb dgn excitednya wlupun pnat..." ANA!!"

"can u spell ur name?"
''yes.. N.U.R.U.L A.T.I.K.A.H" 

"correct!! ok this is yours,,pliz check ur money,,," 'ammu tu speaking....
ak faham dia sedang cuba utk berusaha mencari pemilik yg sbenar,..dia takut tersilap bg beg duit tu kpd yg bukan tuannya,,krn dlm tu mmg sgt bnyk duit,,

"Alhmdulillah, syukran ya 'ammu!!" duit yg ada dlm tu semuanya ada,. duit dalam purse tu semuanya duit amanah dr org..alhmdulillah Allah peliharanya,,.

"afwan ya binti... ramadhan kareem'"

"Allahu Akram, ma'assalamah,,"

sgguh ku terharu , takjub,..di tengah2 ramainya org ..muncul seorg 'ammu yg sgt amanah..
semuanya drMu ya Allah...

Ak percaya..skiranya kita mnjaga amanah dgn baik..Allah akan mndtgkan seseorg yg amanah pada kita...subhanallah!!!!


Maka seorang sahabat yang sejati akan menjaga sahabatnya selagi ada upaya dan diperlakukan sebaiknya demi persahabatan atas dasar ketakwaan kepada Allah s.w.t. Oleh yang demikian, jika sekiranya kita sudah atau tertinggal amanah yang diberikan, maka perbanyakkanlah beristighfar serta jangan lupa untuk menjadi sahabat yang sentiasa memperingatkan orang lain tentang amanah mereka. Jom, kita TUNE diri kita.

lantas,ku teringat terjemahan ayat dalam ma'thurat harian...

"Ya Allah..apa saja nikmat yang kami dapat pd petang ini dar mana- mana makhluk- Mu ..maka sebenarnya dari Engkau jua. Tidak ada sekutu bg Mu..Puji dan syukur kami kpdMu" 

semuanya datang dr Allah...

Dan Allah membantu seorang hamba selagi mana hamba itu membantu saudaranya.” (Riwayat Muslim).

sSalam Ramadahan Kareem dr bumi mesir!!! -khaulah al azwar

Thursday, July 11, 2013

RAMADHAN DATANG LAGI

TRANSFORMASI RAMADHAN 

 Surah Al-Baqarah : 183, “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa” Allah mengajukan ayat tersebut kepada orang2 yang beriman kerana apabila kita mempunyai kercayaan yang tinggi akan membawa kepada proses perubahan kepada yang lebih baik iaitu taqwa, sebaik2 bekal untuk menghadapi sebelas bulan yang berikutnya selepas Ramadhan.

   

HAKIKAT RAMADHAN 

 Sememangnya, Ramadhan bukan hanya bulan puasa. Hakikat Ramadhan adalah satu bulan tarbiyah yang Allah datangkan khas untuk umat islam belajar mengawal nafsu, melatih nafsu.
Cuba kita lihat 2 situasi. Yang pertama, orang yang tiada makan dan minum lalu dia berpuasa. Yang kedua orang yang ada makan dan minum tetapi dia memilih untuk berpuas. Yang mana satu lagi sukar yang memerlukan kekuatan rohani yang tinggi untuk mengatakan tidak. Pasti situasi kedua bukan? Kita melatih diri kita untuk mengatakan tidak pada perkara2 yang bakal mencacatkan puasa kita baik di hadapan orang atau tika bersendirian.

Kita belajar membentuk jati diri kita sebagai mukmin yang bertaqwa (menjauhi larangan Allah dan menunaikan suruhanNya) di saat tiada bisikan syaitan, semua pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup. Satu bulan yang penuh rahmat Allah dan ganjaran seribu bulan yang perlu diburu semua orang.

Teringat satu hadis nabi, " Puasa itu adalah benteng".. Justeru , jika seorang daripada kamu berpuasa janganlah ia berkata keji dan mencaci maki. Sekiranya ada yang mengajaknya berkelahi atau mencaci maki, hendaklah dikatakan kepadanya : " Saya berpuasa - saya berpuasa ".jelas bukan bermaksud umat islam umat yang lemah tetapi Nabi S.A.W ingin mengajar kita erti ‘self control’. 

 PERSEDIAAN SEBELUM RAMADHAN

 Bulan Ramadhan adalah ‘ time to repare the roof when the sun is shining’ atau seperti Stephen R. Covey dalam bukunya ‘The Seven Habit’- Sharpen the saw. Kita ambil peluang untuk membuat perubahan dari aspek fizikal, spiritual, emosional dan ibadat. Sebagai orang yang optimis kita tetapkan angka atau nilai untuk setiap perubahan tersebut contoh berapa kilo kita nak kurangkan, berapa kali kita nak khatam Al-Quran, sehari berapa kali kita boleh marah. Sediakan bekal yang secukupnya untuk menghadapi 11 bulan yang seterusnya. 

 NATIJAH POST RAMADHAN

 Manakala, selepas Rmadhan bagaimana kita ukur prestasi Ramadhan kita kali ini. Seorang muslim yang baik danprofesional pasti hari ini lebih baik daripada semalam. Persoalannya, bagaimana untuk kita istiqamah? 2 syarat untuk istiqamah,
1. Jangan menambah atau mengurangkan ibadah yang biasa dilakukan
2. Sentiasa menghidupkan biah solehah. Sebenarnya, natijah ini boleh kita lihat sejak dalam bulan Ramadhan lagi. Sewaktu berbuka adakah keadaan kita seperti membuka empangan air, semua kita sumbat sehingga tidak mampu untuk bangun solat Maghrib. Ketika kita ke bazar, bagaiman kita? Rambang mata? Orang tak pernah makan setahun? Juga bagaimana keadaan kita di malam raya.
 Sedih mengenangkan berlalunya bulan rahmat atau gembira sakan meraikan kemenangan yang tidak pasti kita layak mendapatnya atau tidak. Kegembiraan yang layak bagi orang berpuasa “… Bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan. Kegembiraan semasa berbuka puasa, dan kegembiraan semasa bertemu Tuhannya.” Jangan sampai ibadah yang dibuat berlebih-lebihan di bulan Ramadhan tapi di luar bulan Ramadhan satu pun tiada. Seperti membelanja anak2 yatim di bulan Ramadhan tapi di bulan bukan Ramdhan tiada siapa yang mempedulikan mereka.
Jadi Ramadhan kali ini anda berjaya atau tidak jadi hamba Allah, atau jadi hamba Ramadhan dan hamba raya je?? Tepuk dada, cari jawapan..


   
 GOODLUCK UNTUK RAMADHAN KALI NI!!

Thursday, June 27, 2013

seindah-indah perhiasan dunia atau fitnah? anda pilih.

assalamualaikum...

AMARAN!! KALAU ANDA RASA PANJANG MALAS NAK BACA. SAYA PAKSA ANDA BACA JUGAK!!penat saya type panjang2..huuuhu

just wanna share something. sort of story of mine..maybe a lil bit annoying..but sorry for advance..sila ambil yang baik dan jadikan pengajaran mne yg buruk..thanx.

[saya]--bangun pagi--terlihat pop up wassap--terkejut sbb datangnya dari seorang ikhwah--*dlm hati: nk kne wat apa lagi la ni?dah la tgh fatrah exam..adoi

[baca dari mula msg smpai habis]---termenung panjang saya hampir sejam..sejam!!tak..senanye even da masuk hari kedua dan ketiga still lg terpk psl msg tu..msg yg berjaya buat saya kaku x mampu nk buat apa melainkan memikirkan salah saya. baik buruk saya. cm org terima berita buruk gitulah. paralysed jap.terkejut.

[message]---si pengirim ini hanya menyampaikan. kiranya dia ini ialah org tgh sahaja. tapi saya agak kecewa kenapa tidak si penegur itu sendiri yg tegur saya kenapa perlu org lain? bukankah itu seakan membuka aib saya kepada org lain? saya boleh terima je klu dia sendiri yg bgtw. lagi pula saya ini jenis yg tidak berapa terima teguran klu bukan org yg sebenar yg tegur. tp muhasabah diri balik. apa guna kau pergi kelas tafaquh pergi usrah pergi mengaji sume kalau x amalkan ilmu yg dah dapat.

teringat seorang sahabat pernah cakap: LIHATLAH PADA APA YG DISAMPAIKAN BUKAN PADA SIAPA YG MENYAMPAIKAN dan satu lagi ADA ORANG TEGUR TU MAKNANYA TANDA ALLAH SAYANG...ya Allah..sentap baq hang! terimakasih ya Allah. :')

so..nak dijadikan isi msg tersebut menegur pemakaian saya yg kurang elok mungkin? tapi salah satu ayt yg paling saya x boleh terima ialah dia menyatakan bahwa terdapat antara baju yg saya pakai mnampakkan bentuk badan sehinggakan dia tergoda..saya semacam WHAT?? TERGODA?? merepek gila!! bagaimana boleh mengoda sedangkan saya ini hanya pernah memakai t-shirt labuh-kain /jubah/ baju kurung sahaja kalau keluar pun. kemudian saya siap tnya kawan serumah lagi pernah x saya pakai baju yg mcm si penegur tu nyatakan?? kawan saya ckp tak! semua baju saya ok je!

[perasaan]--malu[sbb ditegur ikhwah!!]. takut[sbb senangnya wanita ini menjadi fitnah dunia tanpa disedari] . bersyukur[sbb Allah masih sayang saya utk jadi a better muslimah].

satu benda yg saya fikir2 sejak terima msg tu. betullah org kata dunia ikhwah dan akhowat lain. cara pandangan si ikhwah lain dgn cara pandangan para akhowat. kita xtw bagaimana kita di'judge' oleh si ikhwah. so my dear muslimah janganlah kita ini jadi fitnah dunia.marilah bersama menjadi sebaik-baik perhiasan dunia iaitu wanita solehah. WallahuA'lam.





Friday, May 10, 2013

HADIAH

BISMILLAH..

ana ingat nak share cite cket tentang BULATAN MESRA kami yang last untuk tahun ni..yang tak best nye BULATAN MESRA yang last ni ialah kak diba dan kak izaty tak dapat datang..sedih kan :(

tapi itu tidak menghalang kami daripada membuat moment sharing is caring..hehe.. almaklumlah, setelah dididik oleh kak diba dan kak izaty, BULATAN MESRA kami pada hari itu amat bermakna sekali ESPECIALLY KAT ANA LERR...THANKS KORANG!!

UHIBBUKUM FILLAH~~~ 

ukhuwah kami dieratkan lagi dengan sesi pertukaran hadiah... ce cakap kat ana sape yang tak suke hadiah??haha...rasenye semue suke kot..daripada yang bad mood tibe-tibe ade orang bagi coklat, mood tibe-tibe berubah...FAKTA: COKLAT BOLEH BUAT ORANG GEMBIRA!! hehe...

nak dijadikan cerita, betapa BUMI ANBIYA' ni penuh barakah...semua hadiah tersebut memang sesuai dengan tuannya..hmm..macam mane tuu maksodnye??

ana bagi contoh ana laa yerk...orang lain lantak laa..hehe..hadiah yang ana dapat adalah jam + tasbih digital...hmm..



secara personal nya, ana ni memang jenis tak tepati masa..pergi kelas lambat, even hari exam pun datang lambat exam..ALLAHURABBI..pandai kan sahabat ana pilih hadiah??hehe.. pandai die wat amar makruf nahi mungkar dalam diam... (seriously aku terharu..terima kaseh SAL)..Allah nak tegur ana suruh jaga masa(memang jenis banyak buang mase pon =,= )

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".(Surah Al-Asr,Ayat 1-3)

dan satu lagi hadiah yang ana dapat daripada sahabat ana ni..tasbih digital...sebenarnya ana pergi beli hadiah dengan sahabat ana ni (sal)...mase masok kedai tu memang ana ade terpandang tasbih digital ni...memang pada masa tu memang ada terdetik ' aku nak beli laa bende ni nanti'.. tapi tak beli pada hari itu disebabkan my mind dah set nak beli hadiah untuk BULATAN MESRA ni.. hmm...

SUBHANALLAH...ALLAH bagi free2 je kan..rezeki..tapi sebenarnya ana dapat lagi satu tazkirah secara diam, basahkan lidah dengan zikrullah... tersentap seketika.....

MASYA-ALLAH...teruknya hambaMu ini YA ALLAH...Allah tegur direct je kan...sebenarnye tasbih digital ni salah satu wasilah untuk kita berzikir...realitinya, on the way nak pegi universiti ana akan pakai earphone and dengar lagu kuat-kuat...tak salah kalau kite tukarkan mode dengar lagu + nyanyi2 sorang-sorang kepada berzikir...kan kan kan??

Allah berfirman:

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُواْ لِي وَلاَ تَكْفُرُونِ

“Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu.Bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku.

begitulah kisahnya..kesimpulannya 10 MUWASAFAT TARBIYAH ana tak complete lagi...huh..




ITULAH NIKMAT UKHUWAH FILLAH !! same2 saling memperingatkan yang lain...lupe plak...ukhuwah kami dieratkan lagi dgn masak nasi tomato same2 dan makan nasi same2...ALAHAI SWEET sangat~~ 



##mood hari tu sebenarnye BLACKOUT sekejap...tapi lepas berBULATAN MESRA aku kembali gembira ^_^###(6/5/2013)

Thursday, May 9, 2013

we are sisters after all!! wallahi ^__^

Assalamualaikum.
Dengan nama Allah. ku mulakan coretan. Agar tulisanku dirahmati dan membawa kebaikan.
InsyaAllah Aaminn.

Bukanlah tazkirah yg ingin aku lakarkan. Bukanlah kata2 motivasi yg ingin aku persembahkan. Bukan juga nasihat2 ad-din yg ingin aku coretkan.

Tetapi ingin sekali aku berkongsi cerita. cerita yg sudah semestinya kepunyaanku. Bukan anda dia mahupun mereka.This is.. My story.

sekadar perkongsian perasaan.
Ingin ku tuju soalan..
Apa perasaan kalian jika ada rakan sejantina kalian mempunyai masalah.
and she told her problem to a guy which was the problem absolutely she can share it with u  but instead of that. she told to that guy.

Frankly saying..i was like. why on earth u told ur problem to a guy? why not u share with me?? malulah. kenapa bgtw masalah kt lelaki kluawak ada kwn perempuan??*terkilan*

Bukankah kita ingin menjadi seindah2 perhiasan dunia? Bukankah kita juga ingin buktikan pd dunia yg kita ini tabah dankental? wahai para mujahadah dunia. saya syg awak sume.tapi bila awk buat cmtu..honestly, u hurt me.deym. So much. Really.*sorry mencarut*

At the same time.i felt useless as friend. perhaps u r more comfortable with him rather than me.. i am so sorry for that. but can we overcome this distance  later??

Please yaRabb. protect me, her n my akhowat friends in this world from losing to satan's temptation. Aamin insyaAllah

well. my dear friends. what is the meaning of friendship to u?? *bonus question.hehe*

Alhamdulillah. segala yg baik dr Allah. segala yg buruk dan keji lg hina dari syaitonirrajim.
wallahuA'lam :)


throwback. a story of mine and my friend.

me:do u hv mirror?(well girls n mirror cant be separated) ^__^
she: well. i have.
me:where it is?lend it to me.
she: why u need a mirror if u hv me as ur mirror??is not a friend  symbolize reflection to her another friend??
me: *smile*

Sunday, May 5, 2013

LA TAHZAN

Assalamualaikum

Kalau jawab bagus  tak jawab kurang bagus ^^

LA TAHZAN INNALLAHA MA'ANA  (At-Taubah : 40)

Watlek watpis je. InsyaAllah kebenaran itu pasti akan datang. Mungkin ini petanda yang kita masih tak cukup bagus lagi. Ada sesuatu yang kita terlepas pandang. Allah beri peluang untuk kita muhasabah diri kita apa yang kurangnya diri kita dan perbaiki kelemahan diri kita ni. Mungkin usaha kita tak cukup lagi. Mungkin doa kita masih tak cukup lagi. Banyak kemungkinan yang boleh dimungkinkan. Yang penting sekarang ni  think positive.

Setiap yang berlaku tu hanyalah dengan izinNya. Kita sebagai hamba perlu redha dengan segala ketentuanNya. Allah takkan mengecewakan hambanya.Suatu masa nanti kita pasti akan bangkit. Hanya masa yang menetukan.
                                       
WAMAKARU WAMAKARALLAH WALLAHU KHAIRULMAKIRIN  ( Ali-Imran : 54)

Hingga ketemu nanti dong. 

Tuesday, April 30, 2013

AIR MUTLAK OR AIR MUSTA'MAL??korang pilih....


Hari ni,salah sorang kawan talaqqiku kantoi dengan syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram di phone..*yakni couple*...



kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul-betul menyentuh hati kami semua....

syeikh: kamu suka dia?

fulan: ya syeikh....

syeikh: kamu suka tu suka-suka atau kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman hidupmu,menjadi ibu untuk anakmu,menjadi pembantu agamamu?

fulan: ya syeikh...pada pandangan saya,dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya...

syeikh: bila kamu akan menikahinya?

fulan: lepas belajar syeikh...dalam 3 tahun lagi...

syeikh: jadi kenapa kamu rosakkan dia?

kamu bukan nak menikah sekarang?

kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan datang?



kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab?
bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu?

kenapa kamu bercouple dengannya sedangkan jika kamu sukakan dia,dia sukakan kamu,bersabarlah hingga sampai waktu kalian benar-benar ingin menikah kemudian baru kamu jumpa ayahnya dan pinang dia secara suci?

bukankah cara itu lebih suci?

wanita umpama air mutlak,mereka suci,tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa sebab,apatah lagi ber couple,wanita itu umpama air musta'mal..

ia tidak boleh digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan untuk perkara selain bersuci seperti basuh pinggan,basuh najis,basuh bontot dan sebagainya...

apa kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu?

sesungguhnya wanita ini akalnya pendek,nafsu mereka didepankan atas segalanya,

kalau lelaki datang ucapkan kata-kata palsu,mereka akan mempercayainya melebihi mereka percayakan al-quran...

sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main-main kecuali mereka benar-benar bersedia untuk nikah,

tapi sekiranya mereka belum sedia,contohnya mereka masih belajar dan sebagainya,jelas permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu daya,

tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga membawa mereka ke ranjang perzinaan..

itu tandanya akal mereka sangat pendek...

nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga para wanita bukan perosak mereka....

bagi kamu,couple,chatting,cakap dalam phone semua itu dosa kecil sedangkan ia jelas haram kerana allah haramkan kita untuk dekati zina....

dekati zina pun tak boleh,makna kata kalau kita masih jauh 50km dari zina,tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram kerana perintah ini....

jadi janganlah pandang remeh perkara zina ini...

sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka penuh dengan dosa zina.....

apa berbaloi kau bahagia sementara dengan teman wanita yang kau tak ingin nikahi diganti dengan azab neraka yang panasnya 70x ganda api dunia?

note: kepada lelaki bapuk di luar sana yang gemar permainkan wanita...

ketahuilah bahawa kalian adalah MUSUH ALLAH DAN MUSUH RASULULLAH ! ! !

kalian permainkan para wanita yang akalnya pendek,tidak dapat bezakan baik dan buruk...

memang para wanita walaupun akal pendek,tapi mereka dikurniakan sifat malu yang tinggi....

fb,phone,twitter,internet ni semua dicipta dajjal untuk menghakis sifat malu para muslimah sehingga mereka jadi umpama kucing betina yang menggoda2 kucing jantan untuk mengawan...

wanita yang berpurdah yang kononnya wanita paling pemalu (tak mau orang lihat wajah mereka) pun pamerkan gambar mereka

walaupun berpurdah di fb untuk tatapan jutaan lelaki bukan mahram,mereka tanpa segan silu bergurau senda,tanpa malu inbox lelaki dan sebagainya...

sekarang akal mereka tidak dapat jaga diri mereka,bahkan sifat malu juga tidak dapat jaga diri mereka..

jadi siapa yang bertanggungjawab menjaga maruah para bidadari rasulullah kalau bukan LELAKI???

lelaki yang couple2 dan yang bersayang2 dengan bukan mahram atas nama "tunang" tu..tolong lah....

korang ada akal kuat..korang tak bodoh....

korang nak memusuhi allah dan rasul,itu hak korang...

tapi korang kena sedar,nanti korang pun akan ada anak perempuan,

korang suke ke jantan tah mana-mana berhubung,bermanja,bersayang secara haram dengan anak perempuan korang?

kalau korang redha...nampak sangat korang dayus dan lelaki dayus nabi khabarkan mereka DIHARAMKAN SYURGA KEPADANYA WALAUPUN BAUNYA..

dipetik daripada wall https://www.facebook.com/ahbabul.mustofa.904?hc_location=timeline

Tuesday, April 2, 2013

NO ONE LEFT BEHIND


Salam..

I aint a kind-hearted-sweet-talker-supportive-friend so i cut straight. ^_^ ngee..

Result Mid Year dah keluar ek? amacam? Tahniahlah kepada yang tak berape rendah markah dyer... T_T

Aku just nak cakap satu jer.. ape-apepun result korang (rasib macam aku kerr), bersyukur, Sbb Allah janji bagi result yang terbaik, dan Dia bagi. Hikmah tue, hanya kita dengan Allah je yang nampak..

AKu just nak korang tau, yang whatever happens.. we have each other. and no one left behind. NO ONE... 

When your world falls apart
When your pain claims your heart
I'll be there, I'll be around
And I will never let you down

Jujur, aku pun down jugak bila tengok result aku. Plus fakta yang 'LEADER is a role model' seriously buat aku rase inferior. role model mende? Tapi, bukankah aku ada hari esok? Bukankah aku ada ramai sahabat? Ingat~Islam kalah sekali dalam perang Uhud, agar mampu bangkit dan menakhluki 2/3 Dunia ! 

Leave that pain, don't give up
You will fly up high again
Count on me, we are together
We'll make it through this stormy weather

Jadi, kalau korang rase inferior macam aku, don't be. Allah kira usaha kita. Allah tahu sejauh mana kita berusaha. Allah juga tahu semampu mana kita menerima takdirnya. Ayuh, Yakinlah dengan Dia! Ikhlas dan redhailah demi-Nya. Insya-Allah kita akan tenang dan bahagia. 

No matter what they say
No matter what they do
No matter what they think of you
You have got me and my heart too

Kalau orang mengata, biarkan, bukan dia yang memberi makan kita. Kalau ada yang menjeling, abaikan, bukan dia yang hitung usaha kita. Kalau ada yang tertawa, lantakkan. Buat apa dihiraukan sang makhluk bila Sang Pencipta bahagia dan gembira dengan keikhlasan kita?

No matter what they see
No matter what they feel
As long as you have got me
As long as You And I See...

Yang sudah itu sudah. Yang Rasib itu rasib. dan yang mumtaz itu mumtaz. Tapi bukan itu isunya. Yang penting, masa kehadapan, dimanakah kita? Kekal ditakuk lama, atau dimedan juang? Ayuh kita berusaha, sahabat. tiada perlu lagi Uhud kedua. Terus berusaha dan Yakin kepada-Nya. Sungguh Allah tahu hati hamba-Nya~ Satu harus kau tahu, andai kau lelah, andai kau lemah, sungguh aku ada ^_^ 

Take my hand and take my heart
We can never be apart, now and forever
I won't look back, we'll stay together
Trust in me and we'll fly, don't surrender! 

Dan yang paling penting, Allah sentiasa ada dan Maha Mendengar. Maha Tahu dan Maha Bijaksana. Pejamkan mata dan kekal tabahlah! teruskanlah usaha kita. dan berjuang dengan ruang dan peluang yang kita ada.. Remember, "with all His love, you can't go wrong". Selamat berjihad ~
.  
Don't lose hope when you are in need
Have faith in Allah, have faith in Him
So please be tough and please be strong
With all His love you can't go wrong
(You and I See - UNIC)


Salam mujahadah,

--------------------------
Sahabat susah senang,
GeneXIIs sejati ^_^ ngee..


##BY FILZAH AYUNI

Monday, April 1, 2013

BULATAN MESRA KAMI

BISMILLAH..

Maka ketika Isa merasakan keingkaran mereka (Bani Israel), dia berkata, "Siapakah yang akan menjadi penolongku untuk menegakkan agama Allah?"PARA HAWARIYYUN menjawab,"kamilah penolong agama  Allah. Kami beriman kepada Allah dan saksikanlah kami bahawa kami adalah orang-orang muslim.
(ALI-IMRAN:52)

bulatan mesra kami baru dapat memikirkan nama SC setelah beberapa bulan program memantapkan ukhuwah ini dijalankan iaitu HAWARIYYUN..alahai macam laporan la pulak...sebenarnya SC kami ade mengupas tajuk TUGAS PEMUDA ZAMAN INI..oleh itu, ini adalah salah satu medium untuk kami jalankan tanggungjawab kami..

boleh jadi kami akan jarang meng'update' tapi insyaAllah kami akan cuba jugak untuk share apa yang kami dapat dalam SC kami..

AYUH HAWARIYYUN!!!

###SC tu Smart Circle..iaitu usrah...