Friday, February 6, 2015

Cinta Alat vs Cinta Matlamat :)

Assalamualaikum semua^^ !!!apa khabar iman antunna semua....? Moga kita sentiasa dalam Rahmat dan kasih syg Ilahi... Selawat dan salam kita pnjatkan ke atas Rasulullah  dan para sahabat .. Bersyukur ke atas hadrat Ilahi kerana dgn limpah kurniaNya dan perjuangan Rasulullah dan para sahabat kita dapat merasa manisnya nikmat Islam dan Iman...

Ok sudah lama Hawa  tidak menghupdate kalam2 dakwah di blog ini......Maafkan Hawa yaaa...Aywah!! Hari ni Hawa nak jadi doktor pakar cinta pulak!!


Ok ... nmpak x video kat atas ni...? kenal x kalam ni dari siapa? hee..

ok jawab dalam hati ya bg yg tahu... ^^
kalau x kenal xpa... Hawa  akan kenalkan serba sedikit...

haaa.. inilah ustazah Fatimah Syarha Binti Nordin ... pakar cinta admin...

alhmdulillah ..Hawa  diberi peluang utk mngenal apa cinta alat dan cinta matlamat,..

Cinta itu fitrah ..Semua akan merasainyaa... ada ke yg x pernah rasa cinta kat sini?? angkat tangan!

hehe.. yg x pernah tu... hummm... biasa la..yg x normal tu ada la dlm 2%  kann ?#%7
ok Hawa gurau2 manja ..

p/s -gmbr bawah ni quote dari lirik Atas Nama Cinta -UNIC ^^





Ok xpa... Hawa  malas nak hujah pjg2 sgt,,, Hawa cume nak share video yg sgt menarik utk kita hayati dan fahami dgn hati... cuma Hawa  nak ulang ayat kak syarha .,,"Jgn sampai kita rujuk   pakar2 cinta dari movie hindustan , korea , dan drama2 cinta melayu yg bersumber kan cinta barat.. semoga kita mampu mendidik diri utk menilai cinta Alat dan Matlamat... didik iman kita utk katakan tidak pada2 cerita2 cinta yg bukan bersumber syariat... :)




ok hawa akhiri celoteh ini dgn  satu perkongsian  utk kita kaum hawa yg berusaha menjadi bidadari syurga :) moga celoteh hawa ini mampu mndidik hati2 kita utk mngenal cinta Allah dahulu sblum mngenal cinta manusia...  buktikan kita adalah bidadari syurga!! salam syg dari Hawa utk semua!! uhibbukunna fillah!!

Dear akhawat yang kita sayang kerana Allah,
Allah ciptakan hawa dengan sifat malu. Maka awak-awak sekalian, janganlah sesekali singkirkan sifat malu dalam diri awak. Kerana malu itu sebahgaian daripada iman wahai mawar agama.

Dear muslimah,
Jadilah Haura' al-Maqsurah. Ertinya bidadari yang terpelihara. Seindah namanya. Keraskan hati bila ada lelaki yang nak mengorat awak. Tak perlu layan. Tak perlu bercrush-crush. Selagi belum sedia, belum sampai masanya, jangan mencari. Kita sedih tengok kawan-kawan kita yang sanggup stay up semata-mata nak berbalas mesej dengan pakwe. Kita sedih tengok kawan-kawan kita menangis cemburu tengok pakwe dia dengan perempuan lain. Kita sedih sangat tengok kawan-kawan kita yang menunggu lelaki nak propose couple dengan dia. Someone said this to me, "perasaan tertarik pada lelaki tu biasa. Tu bukan perasaan cinta, tu cuma instinct. Tarikan antara lelaki dan perempuan. Dan instinct itu biasa. Tak perlu layan. Jangan cepat kata kita dah jatuh cinta. Jangan murahkan nilai cinta, Kerana cinta itu mahal"
Kalau ada lelaki nak mengorat awak. Jangan terlalu cepat percaya. Jangan terlalu cepat jatuh. Dia tak serius. Dia cuma main-main. Dia cuma nak test. Kalau dapat, dapat. Kalau tak dapat, dia cari orang lain.Kalau dia serius dia tak akan membazirkan masa dengan benda yang sia-sia. Serius cuma sia-sia. Kalau dia serius, dia akan buat dengan serius. Dapatkan dengan cara terhormat,

Dear fatayat,
Semua perempuan cantik. Allah ciptakan kita dengan cantik. tak ada satu manusia pun yang tak cantik. Cuma, lain mata lainlah penilaiannya. Awak, tutup aurat tu molek-molek ye. Awak tutup aurat pun tetap cantik. Kita sedih bila kita tanya kenapa tak pakai tudung dia jawab dia tak cantik bila pakai tudung. Kita rasa macam nak nangis. Kita rasa macam nak peluk dia lepas tu cakap kat dia. Awak cantik sangat.
Awak, tak perlu cantik-cantik depan syabab. Dia stranger. Dia outsider. Cantik untuk yang sepatutnya je,
Awak,
Jangan sesekali tinggalkan solat. Jaga solat. Jangan sesekali lambatkan solat. Awak wanita paling cantik di dunia pun tapi kalau hubungan awak dengan Allah tak jaga tak guna juga. Mungkin lelaki ramai yang pandang tapi Allah tak pandang. Allah. Kita rasa mcam nak keluarkan rotan macam nak pukul anak kita tengok orang solat subuh pukul 7. Kenapa susah sngat ? Kita sayang awak lillahitaala tapi kita sedih kalau awak sendiri tak sayang diri awak.

Dear mawar agama,
Kita tahu proses berhijrah tu perit. Dulu kita pun selalu memberontak. Semua benda tak betul. Semuanya salah. Tapikan awak, cuba awak ikut sahaja jalan tarbiyyah. Ikut dengan hati yang tenang. Paksa hati untuk merelakan. Awak akan rasa sesuatu. Lapang dan tenang. Dekati dengan sahabat yang solehah. Percayalah. Awak, kita sayang awak kerana Allah.


Daripada,
Yang belum solehah. Sedang berusaha.






Thursday, December 19, 2013

Layakkah aku dicintai Rasulullah??

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers^^ ...(macam laa reader nye ramai sangat) hehe^^

tadi terjumpa satu video ni kat youtube...rasanya ramai yang dah tengok..tapi biar laa...nak share jugak...tak kire... video yang dimaksudkan adalah HALAQAH-SENTUHAN KALBU RASULULLAH .. nanti cari tau kepada sape yang tak tengok lagi..



Dalam sebuah riwayat hadith dikisahkan.

Ketika itu baginda Rasulullah SAW tengah duduk berkumpul bersama sahabat-sahabatnya. Di situ ada saidina Ali, Uthman, Abu Bakar, Umar dan lainnya. Lalu kemudian baginda bertanya, 

"Wahai sahabatku, tahukah kalian siapa hamba Allah yang mulia di sisi Allah?"

Para sahabat terdiam. Lalu ada seorang sahabat berkata, 

"Para malaikat, Rasulullah, merekalah yang mulia." 

Rasulullah menjawab,

"Ya, para malaikat itu mulia, mereka dekat dengan Allah dan mereka sentiasa bertasbih dan beribadah kepada Allah, tentulah merekalah mulia tapi bukan itu yang aku maksudkan." 

Lalu para sahabat kembali terdiam, tiba-tiba seorang sahabat kembali berkata,

"Ya Rasulullah, tentu para nabi, merekalah yang mulia itu." 

Nabi Muhammad tersenyum. Baginda berkata, 

"Ya, para nabi itu mulia, mereka adalah utusan Allah di muka bumi, bagaimana mungkin mereka tidak mulia, mereka mulia. Tapi ada lagi yang lain."

Para sahabat terdiam, tertanya siapalah lagi mereka itu. Lalu salah seorang sahabat berkata,

"Apakah kami sahabatmu, ya Rasulullah? Apakah kami yang mulia itu?"

Bayangkan, Baginda memandang wajah mereka semua satu persatu, Baginda tersenyum melihat para sahabat. Baginda berkata,

"Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, kalian membantu perjuanganku, mana mungkin kalian tidak mulia, Tentulah kalian mulia, tetapi ada yang lain yang mulia." 

Para sahabat terdiam kesemuanya, mereka tidak mampu berkata apa-apa lagi. 

Lalu bayangkan. Tiba-tiba, baginda Nabi Muhammad menundukkan wajahnya. Bayangkan tiba-tiba baginda menangis di hadapan sahabat-sahabat. Para sahabat tertanya,

"Mengapa engkau menangis ya Rasulullah?"

Lalu bayangkan, Rasulullah mengangkat wajahnya, terlihat bagaimana air mata berlinang membasahi pipi dan janggutnya. Lalu baginda berkata, 

"Wahai sahabatku, tahukah kalian siapa yang mulia itu. Mereka adalah manusia-manusia. Mereka akan lahir jauh setelah wafatku nanti. Mereka begitu mencintai Allah, dan tahukah kalian, mereka tak pernah memandangku. Mereka tidak pernah melihat wajahku. Mereka hidup tidak dekat dengan aku seperti kalian. Tapi mereka begitu rindu kepadaku. Dan saksikanlah wahai sahabatku semuanya, aku pun rindu kepada kepada mereka, mereka yang mulia itu, merekalah itulah UMATKU."

Bayangkan saat itu Nabi Muhammad menitiskan air matanya, semua sahabat menangis. 

***
Cuba tanyakan pada diri kita kembali, 

"Siapa yang dirindukan Nabi Muhammad, siapa yang didoakan nabi Muhammad setiap waktu. Demi Allah, cuba tanya pada diri kita masing-masing."

Tanyalah jauh ke dalam lubuk hati kita, 

"Sudahkah aku mencintai Nabi Muhammad?"
pesanan: cakap pakai mulut memang senang... macam mane dengan buktinye??hehe...tepuk dada tanya iman..

ofkos antara buktinye, kita amalkan sunnah baginda


kesimpulannya, SMILE IS SEDEKAH! 
--macam tak kene je-- heeee

Wednesday, July 24, 2013

Aku pakar OnG...Aku ingin membela nasib muslimat!!

BismillahirRahmaniRahim...

Selawat dan salam buat junjungan nabi muhammad ,kekasih Allah..



Alhmdulillah... for this hour, this minute and this second we still feel the beauty of Islam..Nikmat of Islam.. Subhanallah hil 'azimi ,subhanallah bihamdi.. Thank You Allah!

pejam celik pejam celik.. diriku   telah menuntut ilmu perubatan dan ilmu agama di bumi anbiya' for almost 1 year! subhanallah.. unbelievable! Ak sering kali down..seringkali terfikir,...inikah jalan utkku?? knapa medic??? wlupun dah hampir setahun ak blajar medic.. tp still,,, ak rasa nak mngundur... ak lebih sukakan subjek fizik , chemistry n addmath... bila masuk medic..everything need to memorize!! arghhhhhh .. stressed!

keputusan midyear ak pun x sehebat kawan2 yg len... sedih.. mereka hebat... Ya Allah..betulkah ini jalan utkku..???



ok ..inilah perasaan yg ak seringkali rasa... tp..dengan izin Allah segala2nya berubah,...
banyak ayat2 al-quran yg memujuk hatiku....


ak pernah terbaca sepucuk surat oleh wanita syria oleh sebuah page dakwah... yg berbunyii..

Surat ini telah berjaya dibawa seludup keluar dari Baad Assad Syria. Ia menceritakan tentang rintihan wanita Islam yang dikurung di dalam penjara Syria.


Dengan nama Allah yang pengasih lagi penyayang. Kami telah menulis berpucuk-pucuk surat dengan air mata dan rintihan hati tetapi malangnya tidak satu pun sampai kepada umat Islam di luar pintu besi ini. Kami tidak dibenarkan menulis atau membaca. Kertas dan pen diharamkan. Penderitaan kami tidak dapat menembusi dinding-dinding hitam yang mengurung kami. Tetapi kami yakin bahawa Insya Allah surat ini akan sampai kepada umat Islam seluruh dunia.

Dalam surat ini kami menceritakan tentang penderitaan dan kezaliman yang dikenakan oleh binatang-binatang pemabuk yang digunakan oleh kerajaan Syria ke atas kami dalam penjara jahannam ini. Kalaulah setakat pukulan dan kejutan elektrik kami dapat bersabar menahannya, tetapi penderitaan kami di sini lebih daripada itu.

Dapatkah kami terus bersabar menahan hati apabila terdapat antara kami dirogol tanpa belas kasihan sehingga menghembuskan nafas terakhir. Kami berharap kami tidak diperanakkan di bumi ini. Dari hati kami yang terseksa kami memohon agar semua umat Islam berusaha untuk menyelamatkan nyawa dan maruah kami. Kalau dahulu, apabila seorang Muslimat meminta pertolongan daripada khalifah al-Mu'tasim kerana dizalimi, seluruh bala tentera Islam dikerahkan untuk menyelamatkan tetapi di dalam penjara ini, beribu-ribu Muslimat diseksa, dibunuh dan dibunuh oleh binatang yang tidak berperikemanusiaan.

Ramai antara kami yang mengandung akibat perbuatan mereka. Kami tidak meminta kami tidak dibebaskan. Kami hanya berharap agar penjara ini diletupkan dengan kami sekali di dalamnya.
Wahai umat Islam seluruh dunia, cukuplah tidurmu, takutlah di waktu kamu semua akan disoal di hadapan Allah di akhirat nanti tentang apakah yang kamu lakukan apabila mengetahui kezaliman dan jenayah yang dilakukan atas kami. Apakah-apakah kesalahan Muslimat ini sehingga mereka dirogol dengan ganas dan ditelanjangi. Mereka dipukul dan dikenakan kejutan elektrik.

Apakah-apakah kesalahan Muslimat ini sehingga terdapat Muslimat muda yang terpaksa dihantar ke hospital dalam separuh mati akibat dirogol tanpa belas kasihan oleh 26 orang tukang seksa? Apakah kesalahan mereka? Suami mereka dibunuh di hadapan mata mereka sendiri.

Wahai umat Islam seluruh dunia, sebenarnya kamu nyenyak tidur. Apakah jawapan kamu semua wahai umat Islam seluruh dunia? Apakah kami akan terus berharap supaya kamu akan dapat menyelamatkan kami dari neraka yang tidak bersempadan ini? Apakah cahaya murni akan menyinari kami untuk menerangi hati kami yang terseksa ini.

BANGUNLAH WAHAI UMAT ISLAM SELURUH DUNIA !!

daripada,
Muslimat yang menjadi mangsa thogut nasionalis Syria. 



Ya Allah..batinku menjerittt..kerana ak wanita sama mcm mereka... tp aku x mampu nak berbuat apa..ak hanya mmpu berdoa... ak gagahkan juga diri ini membaca surat ini... sekiranya benar surat ini adalah dr mereka..wanita syria.. ak sgt sediih..sediihh..


aku sering terfikir... aku ingin menjadi hawariyyun,, ak ingin membela nasib wanita..tp bgaimana??
mcmana ak nak pi berjihad ni? mcmana ak nak slmatkan maruah mereka?? sungguh aku x mampu...tp hnya yg aku mampu ialah BERDOA utk mereka.. aku akan berusaha menyelamatkan maruah wanita..
...................................................................................................


dan! surat ni lah yg mnaikkn smgt ak utk terus terusan berjuang dlm ilmu medic.. ya!!! ak kna tetapkan langkah ku dlm bidang ini biarpun beribu halangan... Ak tekad ingin jd PAKAR OBSTETRIC n GYNECOLOGY.. ap bnda ni?? haaa.. dalam bahasa melayunya ialah.. PAKAR BIDAN WANITA!
seringkali aku mendengar keluhan para muslimat yg melahirkan anak dgn di bantu oleh doktor lelaki...
sungguh!! mereka sgt tidak ingin dibidankan oleh doktor lelaki.. Mereka sgt malu..perhiasan mereka hnya utk suami shja...

Aku berdoa..Semoga akulah yg akan melindungi maruah muslimat..aku sendiri,tidak ingin di bidankan oleh lelaki yg asing bgku..bukan mahramku... kita bukanlah pemula ,bukan juga penghujung ..tetapi kita penyambung perjuangan Rasulullah memartabatkan dan meninggikan darjat wanita,,.klu bukan kita ,,siapa lgi??  TERUSLAH BERJALAN TANPA HENTI ! Nahnu hawariyyun!




AMANAH dan JUJUR nya SEORANG 'AMMU.....

Selawat dan salam buat junjugan nabi muhammad s.a.w kerana..pada hari ini,..saat ini..kita masih merasa nikmat Islam..masih berkesempatan utk merasai nikmat berpuasa di bulan Ramadhan.. ALHAMDULILLAH! sgguh ak rindu pada kekasih Allah,,

Bismillahir-Rahmanir-Rahim ..."Sabda Rasulullah SAW: "Tidak sempurna agama seseorang, kalau dia tidak bisa menjaga dan memelihara "amanah".

ni kisah yg sy hadapi semalam... KISAH nya bermulaa,,,
" adik ni atikah bnti nazmi ke??''' seorg akk manis bertnya kpdku... setelah tamatnya kelas tafaqquh ttg ayatul ahkam yg d kongsikan oleh ustaz dari universiti azhar pg smlm.,

"ma'alish kak,..sy bukan atikah nazmi,.tp atikah rafi..akk silap org kot.." 


"ouh yeke dik..hmm tp atikah tu skola SBPI Gombak"

"eh, sy skola tu kak..,rasanya sy seorg je.. knp kak? ada ape2 ke??'' heart rate ,cardiac output n blood pressure semua increase.. sympathetic la plakk..


"erm erm,..awak ada hilang beg duit x????''

"eh,,jap..td sy ada perasan jugak beg duit xda..ingatkan ttinggal kat umah td.., "

"Akk bukannya ap..smlm akk lalu dpan masjid sayyeda..tiba2 ada 'Ammu (pak cik) tgur akk..dia tnjuk kad pelajar sbpigombak..dia kata ada bdak malizi hilang purse..n dia kelam kabut suruh akk cari atikah,.. akk boleh je nak passkan purse tu kat awk..tp 'ammu tu berkeras xnak bg..dia nak bg dkat tgn awk jugak.. no 'ammu tu akk x smpat save..sbb kelam kabut nak cari awk..tp yg pasti nama dia sa'id.. dia ada kdai makan kat lorong sblah balai polis..akk cm muka dia"

masya-Allah..tetiba adrenaline mngalir dgn lajunya.. baru ku teringat ..kelmarin ,slpas habisnya program shnatah ramadhan,.ak dan raihan menaiki teksi dan berhenti di hdpn masjid sayyedda zaenab,..mungkin purse ak terjatuh kat situ,,,



"Akk jom!!..kita rasa tu mmg purse sy,,"

"jom jom''

kami berdua termasuk raihan mencari la kedai yg ada 'ammu sa'id.. hampir sejam jugak kami mencari..tp x jumpa..tnya semua org..tp xda sape tahu... Allah..sgguh ini ujian utk ak saat ini.. sinar matahari bumi mesir memancar teriknya... baju ku rasanya boleh diperah... kepala pun pening2 lalat... Allah.. ujian sgguh...

" eh tikah!! akk da terjumpa no 'ammu sa'id tu....ada kat list atas rupanya..pnat akk cari.."

"Allhamdulillah!!!!''

kami bergegas jumpa 'ammu tu dgn direction yg dia bgthu...

sampai shaja kat situ.. 

'ammu trus tnya.. " who's atikah??"

ak mnjwb dgn excitednya wlupun pnat..." ANA!!"

"can u spell ur name?"
''yes.. N.U.R.U.L A.T.I.K.A.H" 

"correct!! ok this is yours,,pliz check ur money,,," 'ammu tu speaking....
ak faham dia sedang cuba utk berusaha mencari pemilik yg sbenar,..dia takut tersilap bg beg duit tu kpd yg bukan tuannya,,krn dlm tu mmg sgt bnyk duit,,

"Alhmdulillah, syukran ya 'ammu!!" duit yg ada dlm tu semuanya ada,. duit dalam purse tu semuanya duit amanah dr org..alhmdulillah Allah peliharanya,,.

"afwan ya binti... ramadhan kareem'"

"Allahu Akram, ma'assalamah,,"

sgguh ku terharu , takjub,..di tengah2 ramainya org ..muncul seorg 'ammu yg sgt amanah..
semuanya drMu ya Allah...

Ak percaya..skiranya kita mnjaga amanah dgn baik..Allah akan mndtgkan seseorg yg amanah pada kita...subhanallah!!!!


Maka seorang sahabat yang sejati akan menjaga sahabatnya selagi ada upaya dan diperlakukan sebaiknya demi persahabatan atas dasar ketakwaan kepada Allah s.w.t. Oleh yang demikian, jika sekiranya kita sudah atau tertinggal amanah yang diberikan, maka perbanyakkanlah beristighfar serta jangan lupa untuk menjadi sahabat yang sentiasa memperingatkan orang lain tentang amanah mereka. Jom, kita TUNE diri kita.

lantas,ku teringat terjemahan ayat dalam ma'thurat harian...

"Ya Allah..apa saja nikmat yang kami dapat pd petang ini dar mana- mana makhluk- Mu ..maka sebenarnya dari Engkau jua. Tidak ada sekutu bg Mu..Puji dan syukur kami kpdMu" 

semuanya datang dr Allah...

Dan Allah membantu seorang hamba selagi mana hamba itu membantu saudaranya.” (Riwayat Muslim).

sSalam Ramadahan Kareem dr bumi mesir!!! -khaulah al azwar

Thursday, July 11, 2013

RAMADHAN DATANG LAGI

TRANSFORMASI RAMADHAN 

 Surah Al-Baqarah : 183, “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa” Allah mengajukan ayat tersebut kepada orang2 yang beriman kerana apabila kita mempunyai kercayaan yang tinggi akan membawa kepada proses perubahan kepada yang lebih baik iaitu taqwa, sebaik2 bekal untuk menghadapi sebelas bulan yang berikutnya selepas Ramadhan.

   

HAKIKAT RAMADHAN 

 Sememangnya, Ramadhan bukan hanya bulan puasa. Hakikat Ramadhan adalah satu bulan tarbiyah yang Allah datangkan khas untuk umat islam belajar mengawal nafsu, melatih nafsu.
Cuba kita lihat 2 situasi. Yang pertama, orang yang tiada makan dan minum lalu dia berpuasa. Yang kedua orang yang ada makan dan minum tetapi dia memilih untuk berpuas. Yang mana satu lagi sukar yang memerlukan kekuatan rohani yang tinggi untuk mengatakan tidak. Pasti situasi kedua bukan? Kita melatih diri kita untuk mengatakan tidak pada perkara2 yang bakal mencacatkan puasa kita baik di hadapan orang atau tika bersendirian.

Kita belajar membentuk jati diri kita sebagai mukmin yang bertaqwa (menjauhi larangan Allah dan menunaikan suruhanNya) di saat tiada bisikan syaitan, semua pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup. Satu bulan yang penuh rahmat Allah dan ganjaran seribu bulan yang perlu diburu semua orang.

Teringat satu hadis nabi, " Puasa itu adalah benteng".. Justeru , jika seorang daripada kamu berpuasa janganlah ia berkata keji dan mencaci maki. Sekiranya ada yang mengajaknya berkelahi atau mencaci maki, hendaklah dikatakan kepadanya : " Saya berpuasa - saya berpuasa ".jelas bukan bermaksud umat islam umat yang lemah tetapi Nabi S.A.W ingin mengajar kita erti ‘self control’. 

 PERSEDIAAN SEBELUM RAMADHAN

 Bulan Ramadhan adalah ‘ time to repare the roof when the sun is shining’ atau seperti Stephen R. Covey dalam bukunya ‘The Seven Habit’- Sharpen the saw. Kita ambil peluang untuk membuat perubahan dari aspek fizikal, spiritual, emosional dan ibadat. Sebagai orang yang optimis kita tetapkan angka atau nilai untuk setiap perubahan tersebut contoh berapa kilo kita nak kurangkan, berapa kali kita nak khatam Al-Quran, sehari berapa kali kita boleh marah. Sediakan bekal yang secukupnya untuk menghadapi 11 bulan yang seterusnya. 

 NATIJAH POST RAMADHAN

 Manakala, selepas Rmadhan bagaimana kita ukur prestasi Ramadhan kita kali ini. Seorang muslim yang baik danprofesional pasti hari ini lebih baik daripada semalam. Persoalannya, bagaimana untuk kita istiqamah? 2 syarat untuk istiqamah,
1. Jangan menambah atau mengurangkan ibadah yang biasa dilakukan
2. Sentiasa menghidupkan biah solehah. Sebenarnya, natijah ini boleh kita lihat sejak dalam bulan Ramadhan lagi. Sewaktu berbuka adakah keadaan kita seperti membuka empangan air, semua kita sumbat sehingga tidak mampu untuk bangun solat Maghrib. Ketika kita ke bazar, bagaiman kita? Rambang mata? Orang tak pernah makan setahun? Juga bagaimana keadaan kita di malam raya.
 Sedih mengenangkan berlalunya bulan rahmat atau gembira sakan meraikan kemenangan yang tidak pasti kita layak mendapatnya atau tidak. Kegembiraan yang layak bagi orang berpuasa “… Bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan. Kegembiraan semasa berbuka puasa, dan kegembiraan semasa bertemu Tuhannya.” Jangan sampai ibadah yang dibuat berlebih-lebihan di bulan Ramadhan tapi di luar bulan Ramadhan satu pun tiada. Seperti membelanja anak2 yatim di bulan Ramadhan tapi di bulan bukan Ramdhan tiada siapa yang mempedulikan mereka.
Jadi Ramadhan kali ini anda berjaya atau tidak jadi hamba Allah, atau jadi hamba Ramadhan dan hamba raya je?? Tepuk dada, cari jawapan..


   
 GOODLUCK UNTUK RAMADHAN KALI NI!!

Thursday, June 27, 2013

seindah-indah perhiasan dunia atau fitnah? anda pilih.

assalamualaikum...

AMARAN!! KALAU ANDA RASA PANJANG MALAS NAK BACA. SAYA PAKSA ANDA BACA JUGAK!!penat saya type panjang2..huuuhu

just wanna share something. sort of story of mine..maybe a lil bit annoying..but sorry for advance..sila ambil yang baik dan jadikan pengajaran mne yg buruk..thanx.

[saya]--bangun pagi--terlihat pop up wassap--terkejut sbb datangnya dari seorang ikhwah--*dlm hati: nk kne wat apa lagi la ni?dah la tgh fatrah exam..adoi

[baca dari mula msg smpai habis]---termenung panjang saya hampir sejam..sejam!!tak..senanye even da masuk hari kedua dan ketiga still lg terpk psl msg tu..msg yg berjaya buat saya kaku x mampu nk buat apa melainkan memikirkan salah saya. baik buruk saya. cm org terima berita buruk gitulah. paralysed jap.terkejut.

[message]---si pengirim ini hanya menyampaikan. kiranya dia ini ialah org tgh sahaja. tapi saya agak kecewa kenapa tidak si penegur itu sendiri yg tegur saya kenapa perlu org lain? bukankah itu seakan membuka aib saya kepada org lain? saya boleh terima je klu dia sendiri yg bgtw. lagi pula saya ini jenis yg tidak berapa terima teguran klu bukan org yg sebenar yg tegur. tp muhasabah diri balik. apa guna kau pergi kelas tafaquh pergi usrah pergi mengaji sume kalau x amalkan ilmu yg dah dapat.

teringat seorang sahabat pernah cakap: LIHATLAH PADA APA YG DISAMPAIKAN BUKAN PADA SIAPA YG MENYAMPAIKAN dan satu lagi ADA ORANG TEGUR TU MAKNANYA TANDA ALLAH SAYANG...ya Allah..sentap baq hang! terimakasih ya Allah. :')

so..nak dijadikan isi msg tersebut menegur pemakaian saya yg kurang elok mungkin? tapi salah satu ayt yg paling saya x boleh terima ialah dia menyatakan bahwa terdapat antara baju yg saya pakai mnampakkan bentuk badan sehinggakan dia tergoda..saya semacam WHAT?? TERGODA?? merepek gila!! bagaimana boleh mengoda sedangkan saya ini hanya pernah memakai t-shirt labuh-kain /jubah/ baju kurung sahaja kalau keluar pun. kemudian saya siap tnya kawan serumah lagi pernah x saya pakai baju yg mcm si penegur tu nyatakan?? kawan saya ckp tak! semua baju saya ok je!

[perasaan]--malu[sbb ditegur ikhwah!!]. takut[sbb senangnya wanita ini menjadi fitnah dunia tanpa disedari] . bersyukur[sbb Allah masih sayang saya utk jadi a better muslimah].

satu benda yg saya fikir2 sejak terima msg tu. betullah org kata dunia ikhwah dan akhowat lain. cara pandangan si ikhwah lain dgn cara pandangan para akhowat. kita xtw bagaimana kita di'judge' oleh si ikhwah. so my dear muslimah janganlah kita ini jadi fitnah dunia.marilah bersama menjadi sebaik-baik perhiasan dunia iaitu wanita solehah. WallahuA'lam.





Friday, May 10, 2013

HADIAH

BISMILLAH..

ana ingat nak share cite cket tentang BULATAN MESRA kami yang last untuk tahun ni..yang tak best nye BULATAN MESRA yang last ni ialah kak diba dan kak izaty tak dapat datang..sedih kan :(

tapi itu tidak menghalang kami daripada membuat moment sharing is caring..hehe.. almaklumlah, setelah dididik oleh kak diba dan kak izaty, BULATAN MESRA kami pada hari itu amat bermakna sekali ESPECIALLY KAT ANA LERR...THANKS KORANG!!

UHIBBUKUM FILLAH~~~ 

ukhuwah kami dieratkan lagi dengan sesi pertukaran hadiah... ce cakap kat ana sape yang tak suke hadiah??haha...rasenye semue suke kot..daripada yang bad mood tibe-tibe ade orang bagi coklat, mood tibe-tibe berubah...FAKTA: COKLAT BOLEH BUAT ORANG GEMBIRA!! hehe...

nak dijadikan cerita, betapa BUMI ANBIYA' ni penuh barakah...semua hadiah tersebut memang sesuai dengan tuannya..hmm..macam mane tuu maksodnye??

ana bagi contoh ana laa yerk...orang lain lantak laa..hehe..hadiah yang ana dapat adalah jam + tasbih digital...hmm..



secara personal nya, ana ni memang jenis tak tepati masa..pergi kelas lambat, even hari exam pun datang lambat exam..ALLAHURABBI..pandai kan sahabat ana pilih hadiah??hehe.. pandai die wat amar makruf nahi mungkar dalam diam... (seriously aku terharu..terima kaseh SAL)..Allah nak tegur ana suruh jaga masa(memang jenis banyak buang mase pon =,= )

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".(Surah Al-Asr,Ayat 1-3)

dan satu lagi hadiah yang ana dapat daripada sahabat ana ni..tasbih digital...sebenarnya ana pergi beli hadiah dengan sahabat ana ni (sal)...mase masok kedai tu memang ana ade terpandang tasbih digital ni...memang pada masa tu memang ada terdetik ' aku nak beli laa bende ni nanti'.. tapi tak beli pada hari itu disebabkan my mind dah set nak beli hadiah untuk BULATAN MESRA ni.. hmm...

SUBHANALLAH...ALLAH bagi free2 je kan..rezeki..tapi sebenarnya ana dapat lagi satu tazkirah secara diam, basahkan lidah dengan zikrullah... tersentap seketika.....

MASYA-ALLAH...teruknya hambaMu ini YA ALLAH...Allah tegur direct je kan...sebenarnye tasbih digital ni salah satu wasilah untuk kita berzikir...realitinya, on the way nak pegi universiti ana akan pakai earphone and dengar lagu kuat-kuat...tak salah kalau kite tukarkan mode dengar lagu + nyanyi2 sorang-sorang kepada berzikir...kan kan kan??

Allah berfirman:

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُواْ لِي وَلاَ تَكْفُرُونِ

“Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu.Bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku.

begitulah kisahnya..kesimpulannya 10 MUWASAFAT TARBIYAH ana tak complete lagi...huh..




ITULAH NIKMAT UKHUWAH FILLAH !! same2 saling memperingatkan yang lain...lupe plak...ukhuwah kami dieratkan lagi dgn masak nasi tomato same2 dan makan nasi same2...ALAHAI SWEET sangat~~ 



##mood hari tu sebenarnye BLACKOUT sekejap...tapi lepas berBULATAN MESRA aku kembali gembira ^_^###(6/5/2013)